Langkau ke kandungan utama

Bab Tujuh - Kembang Tak Selamanya Mekar


Kuala Lumpur, metropolitan yang berusia hampir 150 tahun itu tak pernah sunyi. Sekitar Chow Kit sentiasa riuh dengan laungan peniaga kakilima memanggil pelanggan. Arman terus membelok ke Pusat Dagangan Dunia Putra untuk menghadiri perjumpaan pemilik pemilik hotel kecil bumiputra. Persatuan itu adalah sebagai payung untuk hotel hotel kecil beroperasi dengan dinaungi oleh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia. Arman baru setahun menjadi ahlinya.
Ditemani oleh Encik Kasman, kenalan barunya yang juga pemilik sebuah hotel di Seremban. Selesai perjumpaan mereka berdua ke Desa Pandan untuk menyelesaikan urusan dengan Persatuan Agensi Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia. Di sana merupakan satu tempat untuk memantau perkembangan terbaru industri pelancongan dan juga pusat latihan yang menyediakan berbagai kursus. Mereka juga adalah ahli Kelab Penulisan Kuala Lumpur. Malam ini kelab akan mengadakan satu perjumpaan khas untuk ahli ahlinya untuk menyambut ulangtahun ke 30 penubuhannya.
Jam sudahpun menunjukkan pukul enam setengah. Selesai mesyuarat keduanya terus ke Masjid Jamek untuk menunaikan Fardhu Maghrib. Meninjau keadaan sekeliling, bangunan bercirikan Moorish itu sudah pun berusia 141 tahun dan di bina sewaktu pemerintahan Almarhum Sultan Abdul Samad. Ia merupakan sebahagian dari komplek yang meliputi Bangunan Sultan Abdul Samad, Kelab Di Raja Selangor,Bangunan Perpustakaan dan lain lain. Merupakan asas kepada keujudan Kuala Lumpur, tak hairanlah kawasan ini merupakan tumpuan utama kepada pelancong.
Arman sudah agak biasa dengan Kuala Lumpur, mungkin kerana sudah banyak kali menghadiri kursus dan mesyuarat di situ. Paling dia gemari adalah berjalan sekitar Pasar Seni. Bangunan yang asalnya sebuah pasar basah itu kini menempatkan perniagaan yang berasaskan kesenian. Biasanya sudut lukisan menjadi tempat persinggahan utamanya. Lukisan potret yang kelihatan begitu hidup begitu mengkagumkan. Namun begitu lukisan alam yang berkonsepkan lautan adalah minat utamanya.
Malam itu di Restoran Saloma berhampiran MATRADE sekumpulan peminat sastera berkumpul disitu. Satu majlis makan malam khas yang dimulakan dengan ucapan Seniman Negara yang begitu memberi ilham kepada penulis muda. Diikuti dengan pelancaran novel Kembang tak Selamanya Mekar ilham Mawar Putih, Laila karya Azizah Amin dan himpunan puisi pemenang Sayembara Puisi Peringkat Kebangsaan yang lalu. Dalam sesi memperkenalkan penulisnya, Arman tertarik pada satu nama, Mawar Putih. Mungkin kerana sinonim dengan novelnya yang terdahulu ada sedikit minat untuk melihat diri sebenarnya.
Muncul seorang gadis berusia sekitar duapuluhan, berwajah tenang, berkulit cerah dan sedikit tinggi. Anggun sekali hingga mendapat perhatian hadirin tak terkecuali Encik Kasman. Pada Arman timbul suatu teka teki, kenapakah dia menggunakan nama Mawar Putih? Timbul satu perasaan ingin tahu pada nama misteri itu. Akhirnya persoalan itu tinggal persoalan setelah majlis itu berakhir. Arman mendapatkan senaskah novel itu dan akhirnya bergegas ke Puduraya untuk menaiki bas terakhir ke utara. Di dalam bas, sempat juga dia membelek sinopsis cerita dan biodata penulisnya. Tercatat di situ, dilahirkan di Kampung Perigi, Yan, Kedah.
Nama sebenarnya? Khairani Abdullah.
Tak apalah, ada umur nanti dapatlah dia bertemu dengannya di lain perjumpaan barangkali.Encik Kasman sudah lama bertolak pulang ke Seremban dengan keretanya. Hadirin yang lain juga telah entah ke mana yang pasti masing masing punya destinasi tersendiri. Di dalam bas, Arman cuba melelapkan mata, namun seperi terpanggil namanya dia seringkali terjaga.
Kenapa?
Mawar Putih?
Perasaan ingin tahu yang kuat itu membawanya membelek ke halaman pertama novel itu. Indah bahasanya dan di mulakan dengan lakaran latar sebuah kampung kecil dengan watak utamanya….
Arman?
Kebetulan lagi!
Kali ini dia benar benar tak boleh tidur. Seakan ada satu rahsia penulisnya, Khairani Abdullah, Arman tak memiliki jawapan untuk semua itu.
Perlukah dia merungkai semua itu?
Apa keperluannya?
Bagaimana?
Entahlah!
Arman cuba juga melelapkan matanya dan tatkala tersedar bas sudah pun tiba ke destinasinya.
Pagi itu Arman lewat ke pejabatnya. Ada beberapa dokumen yang perlu ditandatanganinya. Sabri telah mengambil alih tempatnya sepanjang pemergiannya dibantu oleh Nadira. Petang itu satu mesyuarat telah di adakan, dan Arman mengumumkan dia akan bercuti selama sebulan dan Sabri akan memangku jawatannya sebagai pengurus di situ.
Kenapa sebulan?
Arman sendiri pun tak ada jawapannya!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bab Lapan - Dingin Air

Arman sudah gila! Arman bercuti. Tapi……! Kenapa Kampung Perigi? Hanya kerana Air Terjun? Atau………. Khairani Abdullah? Ya. Memang kerana gadis itu. Arman menyewa sebuah bilik kecil di rumah Pak Cik Salleh. Orang tua itu tinggal seorang diri. Isterinya baru saja meninggal dunia dua tahun lalu. Anak anaknya semua sudah memiliki rumah sendiri. Rumah itu agak usang, tapi pada Arman cukuplah semua itu lagipun dia sudah biasa dengan rumah kampung. Pakcik Salleh seorang yang warak tapi agak ganjil. Dia seorang pendiam dan banyak beribadat. Arman senang dengan Pakcik Salleh disebabkan sikapnya yang tidak begitu mengambil tahu hal orang lain. Di atas tikar mengkuang, Arman bersila sambil menghadap kitab lama milik Pakcik Salleh. Kasyful Asrar yang entah berapa tahun usianya. Tulisan jawi lama yang adakalanya sedikit sukar untuk dibaca. Namun, lebih sukar untuk diterjemahkan. Pakcik Salleh banyak mengajarnya tentang hakikat hidup, tentang kecintaan kepada Tuhan Pencipta Alam. Tapi, banya...

Bab Enam - Lampu Merah di Pelabuhan

Malam merangkak pergi. Lambat serasa bagai embun yang menitis memenuhi kolam. Arman di hamparan batu pemecah ombak melakar impian. Ada sebuah puisi yang baru diilhamkannya. Badai Kedinginan bukan utusan Untuk menjemput aku berlalu pergi Kehangatan bukan jalan pintas Untuk aku menggantikannya. Sesungguhnya untukmu, Ada ruang di sanubari, Tersimpan sejuta tahun, Walau badai, Walau api, Walau lautan yang menimbusnya, Ia tetap di sini… Sampai bait terakhir ini, Arman terhenti seketika. Bertanyakan pada hatinya.. untuk apa aku masih mencintainya? Tiada jawapan. Segalanya kelu, segalanya bisu. Segalanya seperti kabur lampu merah di pelabuhan sana. Ombak kecil gemersik memainkan lagu. Ada anak ketam merangkak di tepian air. Sayup di sana, lampu merah di pelabuhan masih kabur menyala. Arman menulis lagi. Ia tetap di sini, Ia abadi, Ia tulus…. Terhenti lagi. Tulus? Aku tulus pada siapa? Pada orang lain? Pada seseorang yang sedang didakap suaminya? Sedang aku send...