Langkau ke kandungan utama

Bab Satu - Rindu Sekuntum Mawar Putih

Rendang Tak Berbayang

Sebuah taman menghadap laut , segalanya kelihatan indah. Senjakala menerbitkan suatu rasa kesyahduan dalam menghayati anugerah Ilahi. Ombakan pancawarna yang menjadikan kaki langit begitu gemilang. Pantai Harapan, suatu ketika sepi, kini dihuni oleh pengusaha gerai gerai kecil ditepinya. Di sana sini kelihatan meja yang beratur menantikan kehadiran orangramai. Di suatu sudut pula beberapa bangku bersusun menghadap matahari terbenam. Di situlah saban senja seorang anak gadis, Arini menghabiskan waktunya. Nun dihujung sana pulaseseorang yang lain sibuk dengan penanya melakarkan keindahan di atas kertas. Segalanya jadi sepi dan menyendiri. Arman menantikan sesuatu dalam hidupnya, mencari sesuatu yang abadi. Segalanya masih kabur dan dia sendiri tidakmemahami pencariannya. Dan di situlah kedua dua insan yang berlainan tujuan ini melayani pemikiran yang tersendiri.

Kehadiran Arini ke situ saban hari menarik perhatian Arman. Ada persoalan yang berlegar di dalam pemikirannya. Apakah dia juga sepertinya menyelami dan menghayati sebuah kehidupan, atau sedang memikirkan satu halatuju yang tidak diketahuinya. Yang dia pasti, gadis itu menjadi misteri kepadanya. Lantas pada petang itu dia bertekad untuk cuba memahami gadis itu untuk mencari jawapan kepada persoalannya. Perlahan lahan dia berjalan menyusuri pantai dan kemudiannya semakin hampir dengan gadis berwajah manis itu. Dia merenung tepat ke wajahnya dengan penuh keraguan. Terasakan dirinya mendapat perhatian, Arini mengangkat kepalanya dan memandang ke arah Arman. Arman mengukir senyuman perkenalan,lantas di balas oleh Arini dengan senyuman nipis. Perlahan lahan Arman merapatinya lantas berdiri di bangku sebelahnya.
“ Boleh saya duduk?Kalaulah tak mengganggu” Arman memancing keizinan.

“ Hmm... “ anggukan kecil yang memberi kebenaran.

“ Cantik sungguh suasana hari ini, segalanya kelihatan berbeza, seperti sebuah misteri yang saban hari belumterungkap” Arman memulakan perbualan.

“ Kamu melihat kecantikannya, itulah yg ada, namun di sebaliknya tersimpan segalanya yang terlalu abstrak” Petah tuturkata gadis itu.Lembut suaranya dan penuh bersopan.

“ Apakah harus saya melihat kecantikannya atau keburukannya, atau keduanya?’

“ Cantik dan buruk hanyalah perkataan, yang nyata segalanya jadi indah apabila hati menerima segalanya dengan hati terbuka, seperti kamu melihat mentari merah yang menyejukkan mata, sedangkan siangnya penuh dengan panas yang membakar” Arini cuba membuka persoalan.Arman terdiam sejenak lantas cuba menyelami maksud kata katanya.

“ Saya melihat dan cuba memahami erti di sebalik keindahan itu, yang saban hari memukau perhatian saya untuk ke sini, adakah cik juga sama seperti saya, cintakan keindahan?”

“ Nama saya Arini, dan panggilan cik tu terlalu formal” Arini tersenyum.

“ Maafkan saya, saya Arman, dan kalau usia membezakan kita, rasanya saya seperti abang kepada kamu,hmm.. Arini”

“ Hmm.. kalau begitu, abang lebih mesra, satu penghormatan dan mendukung ketelitian dalam berkomunikasi sebagai seorang berbangsa Melayu”

“ Arini.... semalam abang juga melihat bulan yang tinggi, dan di dalam bulan itu seolah olah ada diriku yang terpenjara di sana, seakan mahu menjerit dan bertanyakan padanya, apakah bulan yang cantik itu telan menelan Arman dan membungkusnya dalam pelukannya?”

“ Mungkin benar abang di telan oleh bulan itu dan saya sekarang sedang bercakap seorang diri barangkali “ Arini tersenyum dan sedikit tertawa.

“ Mungkin juga abang terlepas sementara menantikan malam yang menjelma, dan akan dikurung lagi” keduanya saling ketawa kecil. Ujud kemesraan antara keduanya seolah sudah bertahun saling mengenali sedangkan itulah pertemuan mereka yang pertama.

“Abang, maafkan saya, rasanya Maghrib sudah semakin hampir dan saya harus pulang”Arini meminta keizinan untuk berlalu.

“ Arini..bolehkah esok mempertemukan kita kembali seandai usia masih tidak diragut malam ini?”

“ Boleh.. asalkan bulan sudi melepaskan abang keluar dari penjaranya sementara malam yang akan kembali” Arini tersenyum lalu berjalan perlahan meninggalkan Pantai Harapan dan Arman masih sendirian di situ. Segalanya jadi indah dan meruntun perasaannya. Pertemuan singkat itu benar benar melekakannya. Kemudiannya, Arman menuju ke motosikalnya dan berlalu untuk pulang kerana Mak Timah, ibunya sedang menantinya.

Setelah terbangun dari tidur pada pagi berikutnya, Arman mengandar cangkul untuk ke sawah. Ditemaninya ibunya , mereka pun bekerja sehinggalah matahari agak terik. Berhenti seketika di bawah pohon asam kumbang, sambil santapan ikan kering dan ulam raja benar benar meruntun seleranya. Masakan ibunya baginya adalah masih yang terbaik. Kerja bersambung semula selepas Zohor. Ketika azan Asar kedengaran, mereka sudahpun melangkah pulang ke rumah.

Petang itu seperti biasa, Arman ke Pantai Harapan lagi. Kali ini bajunya agak bersih dan rambutnya di sikat rapi. Setengah jam kemudiannya, berbaju kurung dan bertudung biru, terlihat olehnya Arini sedang berjalan perlahan menuju pantai. Terus berjalan menyusuri pantai dan kemudiannya singgah ke tempat biasanya. Sepuluh minit kemudian, Arman pun sampai dan duduk di sebelahnya. Keduanya kemudiannya berbual dan kadangkala di selami ketawa ketawa kecil tanda kegembiraan.

“ Abang.., bolehkah saya nak bertanya satu soalan yang tak sepatutnya ditanyakan?”

“ InsyaAllah boleh selagi abang ada jawapannya” Arman tersenyum ragu.

“ Abang, saya melihat abang saban petang ke sini, apakah abang sukakan keindahan di sini ataupun ada sesuatu yang memaksa abang ke sini?”
Arman terdiam seketika, tunduk ke bawah memerhatikan rumput dan kemudiannya menghalakan pandangannya kembali ke arah laut.

“ Pantai ini sebenarnya sepi suatu masa dahulu sehinggalah kehadiran seseorang yang membuatkan abang ke sini saban hari”

“ Abang dahulunya bertemu dengan seseorang di sini, orangnya cantik, baik dan berkelulusan tinggi. Abang cumalah seperti yang Arini lihat dan sekadar seorang petani. Kami saling jatuh cinta.. dan saban hari kami menghabiskan masa di sini bersama sama memerhatikan matahari terbenam. Namun akhirnya dia meninggalkan abang setelah hatinya beralih pada yang lain, dan beberapa bulan lepas mereka telah berkahwin. Khabarnya suami seorang hartawan dan banyak pengaruh. Siapalah abang ini dan terpaksalah abang merelakan pemergiannya walaupun hati ini terlalu berat untuk berpisah dengannya. Abang masih menyayanginya dan sehingga sekarang segalanya masih seperti dahulu. Abang duduk di sini dan mengenangkan saat saat manis kami berdua. Sekarang kamu fahamkan kenapa abang di sini?”

“ Hmm.. menarik cerita abang tu, sekarang mereka tinggal di mana?”

“ Tak tahulah abang, tapi rasanya tak jauh dari sini dan khabarnya mereka telah mendirikan sebuah rumah yang besar, mungkin mereka bahagia bersama”

“ Abang, abang seorang yang setia, dia kehilangan cinta abang, tapi abang masih memilikinya, kerana kasihsayang itu hanyalah ujud di dalam hati dan abang masih lagi seperti dahulu, terus memeliharanya. Namun begitu, bumi ini dipenuhi lautan manusia, dan mungkin dari kalangan itu ada seseorang yang akan benar benar jujur dengan abang dan menyayangi abang seperti abang menyayanginya”

“ Biarkanlah dahulu, mungkin masa akan menentukannya. Bagaimana pulak dengan kamu?”

“ Saya tidak pernah bercinta dan tak mengerti perasaan orang bercinta, sekadar menghirup udara segar dan memerhatikan putaran masa yang berlalu. Masa yang semakin hampir dan suatu hari saya tidak akan ke sini lagi”

“Maksud kamu...? kamu akan berpindah ke daerah lain?”

“ Benar sangkaan abang.. Suatu hari saya akan berpindah dan perpindahan itu akan menyebabkan abang sendirian di sini menemani cinta abang.... namun sebelum itu saya mahu menikmati dahulu keindahan di sini”

“ Tak mengapa...namun sebelum kamu pergi nanti, khabarkanlah dahulu, mungkin abang akan hadiahkan kamu sesuatu sebagai tandamata dari seorang sahabat”

“InsyaAllah... tiba masanya nanti, abang adalah orang yang pertama yang akan menerima berita itu dan saya tidak mengharapkan apa apa dari abang,mungkin nanti akan membebankan abang”

Tidak berapa lama kemudian malam pun berlabuh dan mereka berdua kembali ke rumah masing masing. Malam itu Arman gagal melelapkan matanya seperti biasa. Wajah Arini seringkali menghantuinya. Apakah Arini ini adalah jelmaan Ariani, bekas kekasihnya yang kini lena dalam pelukan suaminya. Masih diingatinya, sewaktu menunggu Ariani pulang dari universitinya kerana menghabiskan peperiksaan akhir semesternya, dia enggan dihubungi. Arman merasakannya mungkin kerana tekanan peperiksaan. Arman terus menunggu dan penantiannya itu akhirnya menjadi suatu titik hitam dalam hidupnya. Sebaik pulang dari universitinya, dia terus ke Pantai Harapan bertemu Arman, namun pertemuan itu meninggalkan berbagai persolan di kepala Arman.

Setelah beberapa hari kemudian Ariani menyatakan bahawa dia telah memilih untuk bertunang dengan Hashim, seorang hartawan muda atas alasan dia mahukan masa depan yang lebih baik. Arman benar benar merasa terpukul dan dia tiada pilihan lain. Seperti petir yang meranapkan impiannya, dia seperti kematian seseorang.
Apa yang membuatkannya terkilan adalah kerana sikap Ariani yang membisu dan kemudiannya meminta perpisahan dalam keadaan keduanya saling berjanji untuk menunggu antara satu sama lain. Ibunya pernah berkata, kalau kamu hendak menyintai seseorang, carilah seseorang yang dapat membezakan antara nasi dan emas. Segenggam nasi boleh menyambung penghidupan, namun segenggam emas hanya akan menjarakkan kamu daripada dia. Benar kata ibunya, Ariani hipokrit dalam janjinya dan dia lebih memilih emas, Biarlah dia dia hidup dikejar bayang bayangnya sendiri. Malam itu Arman tidur dengan mimpi di belit ular.

Pagi itu Arman ke bandar. Masa masih terlalu awal dan Arman melangkah masuk ke kedai nasi kandar yang agak popular di bandar itu. Di sebuah meja diluar kedai kelihatan seseorang yang dikenalinya. Seorang sahabat baiknya,Dr. Zaini. Pegawai Perubatan muda bertugas di bandar itu.Mereka sama sama bersekolah dan Dr. Zaini lebih bernasib baik dapat menyambung pelajarannya ke London. Arman pula terpaksa berhenti setakat STPM sahaja kerana ibunya sudah tua dan sering sakit. Dia berazam untuk menyambung pelajarannya semula bila ada peluang.

“ Hai Zaini, sorang nampak, boleh aku duduk?” Arman menarik kerusinya di sebelah Dr. Zaini.

“Duduklah Man, Tapi kau ke mana pagi pagi ni?” lembut suara doktor muda itu sambil membetulkan cermin matanya.

“Ginilah Zaini, aku nak pergi beli racun tikus, padi aku dah mula berbuah, masa nilah tikus nak menyerang. Eh..Zaini aku tengok wajah kau macam ada masalah je? Selalunya kau takmacam ni?”

“ Tak ada apa apalah Man, biasa saja”

“ Ah..kau ni Zaini, aku bukannya baru hari ni kenalkau” balas Arman sambil ketawa kecil.

“ Man, kau sibuk tak harini? Kalau taksibuk bolehla temankan aku pergi memancing?”

“ Bagus gak tu, aku pun dah lama tak memancing.”

Setengah jamkemudian keduanya terus menaiki kereta Dr. Zaini dan menuju ke Kolam Pancing Sutera.Keduanya melabuhkan tali pancing sambil berborak.

“ Man, susah nak kukatakan pada kau, memang ada sesuatu yang melekat di hati ini.”

“ Apa tu Zaini, kalau boleh aku fahami?”

“Aku mempunyai seorang pesakit, dia orang jauh dari sini dan datang ke sini kerana katanya nak menghabiskan usianya di tepi pantai memandang matahari terbenam”

“ Maaf, aku kurang faham?”

“ Dia menghidap penyakit jantung yang di peringkat bahaya dan mungkin usianya tidak akan panjang lagi. Kemungkinan untuknya hidup hanya sekitar kurang setahun lagi.Hanya keajaiban yang mampu menyembuhkannya”

“ Sedih benar nasibnya, tapi apa kaitannya dengan kau?

“ Apabilakerapkali dia datang untuk pemeriksaan, aku terasa aku mula meyayanginya, namun etika aku menghalang dari aku bercinta dengan pesakitku, namun aku terpaksa nyatakannya juga padanya.”

“ Habis , dia menolak?”

“Hmmm... katanya dia menganggap cinta itu bukan miliknya, hatinya masih belum terbuka dan mungkin tidak untuk sesiapa kerana hidupnya tak seperti orang lain”

“ Bagaimana orangnya? Setahu aku engkau terlalu sibuk dan tidak ada masa memikirkan perkara sebegini?”

“ Aku juga manusia Man, ada perasaan... namun aku seorang doktor,etika kami menjadikan kami seperti menahan lapar. Gadis tu orangnya baik, cantik dan bijak berkata kata, katanya dia suka sekali melihat matahari terbenam, lalu aku tunjukkan dia Pantai Harapan dan rasanya selalu dia ke situ”

Arman tersentak seketika. Mungkinkah gadis itu, namun dia tak melihat kesedihan pun di wajahnya. Kelihatan wajahnya sentiasa bersinar dan ceria, seolah olah tiada apa apa yang berlaku.Arman inginkan kepastian.

“ Zaini.., adakah gadis tu bernama Arini?”

“ Bagaimana kau tahu?” Dr Zaini pula yang agak kehairanan.

“ Aku baru sahaja mengenalinya sewaktu aku ke sana beberapa hari yang lalu. Benar... dia seorang yang bijak dan luas pemikirannya. Sekarang aku faham apa yang kau alami.”

“ Hmm.. bagaimana dengan Ariani kau tu?”

“ Lupakanlah pasal Ariani.. Zaini, dia dah berkahwin, dalam dunia ini kalau semua orang bernasib serupa, mungkin Ariani akan jadimilik aku, tapi.. sudah tersurat sebegitu, dia milik orang lain. Dia membeli rindunya dan menukarkannya kepada emas dan permata. Siapalah aku untuk menawarkannya apa apa. Biarlah... yang penting dia bahagia dengan pilihannya sendiri” Arman merenung dalam ke dasar kolam sambil kelopak matanya sedikit bergenang. Nyata kasih dan sayangnya pada Ariani tak pernah luntur.

Selesai memancing, mereka pun pulang semula ke rumah masing masing. Keesokannya, sewaktu lewat petang, Arman ke Pantai Harapan semula. Di sana Arini setia menanti. Hari ini Arini membawa sebuah buku dan sebatang pena. Saeolah olah sedang mencatat sesuatu. Mungkin sebuah diari barangkali.

“ Assalamulaikum, dah lama sampai?” Arman tersenyum memandang Arini.

“ Waalaikumsalam, tak la lama sangat”

“ Hmm.. Dr. Zaini kirim salam pada kamu”. Arini seperti tersentak. Kemudian memandang tepat ke wajah Arman, tunduk semuladan memandang ke depan.

“ Dr. Zaini adalah sahabat baiksaya dan semalam kami bersama sama pergi memancing,”

“Jadi abang tahu segala galanya mengenai saya? “

“ Mungkin juga... abang bersimpati dengan nasib kamu. Arini... abang tak setabah kamu, berdepan dengan ketidakpstian tetapi kamumasih lagi tenang, sementara abang cuma kehilangan seseorang, tetapi jiwa abang menjadi tak terurus.”

“ Abang, kematian itu tetap datang, hanya cepat atau lewat, selagi ada masa untuk menikmati kehidupan ini, hidup saya tiada salahnya. Yang penting, saya tidak kehilangan diri saya atau mati sebelum ajal menjemput.”

“ Arini.. abang mengerti perasaan kamu, dan kalaulah boleh biarlah abang sentiasa menjadi kawan yang baik pada kamu. Abang akan cuba menemani kamu selagi kamu sudi. Kamu gadis yang baik tetapi keadaan sudah menentukan begitu. Kita boleh bercerita dan kalau kamu suka,kita boleh menulis dan menghantarnya ke suratkhabar sebagai karya bersama..Yang penting abang boleh menyumbangkan sesuatu untuk sama sama menikmati kehidupan ini”

“ Terimakasih abang kerana sudi memahami saya. Harapnya tidaklah mengganggu abang sangat, saya sudah biasa dengan kesedihan dan kalaulah kesedihan itu tak dapat merubah keadaan, biarlah kita sandarkan pada pohon kelapa itu dan biarlah ia di ambil orang. Abangpun bersimpatilah dengan diri abang jugak, usah dikenang sangat seseorang yang telah pergi. Patah tumbuh hilang berganti. Lebih baik dibohongi awal daripada menyesali tatkala nasi sudah menjadi bubur dan cacing sudah menjadi naga”
Saban petang selepas itu mereka berdua sentiasa bersama. Menulis sajak dan cerpen dan kadangkala mengutip kulit kulit kerang dan membentukkannya menjadi satu hiasan yang agak menarik. Kadangkala Arman pergi ke jauh sedkit untuk mengutip batu batu bulat yang sederhana besar dan mereka melukiskan gambar pemandangan. Arman meminta kebenaran Pak Samad, seorang pengusaha restoran di situ satu kawasan tepi pantai seluas empatpuluh kaki persegi untuk membentuk sebuah taman. Pak Samad membenarkannya kerana ia akan menambahkan seri gerainya.
Arman membentuk sempadan taman itu dengan batu batu yang dikutip dari tepi laut dan mereka melukis di atasnya dengan cat. Di dalamnya mereka menanam pokok pokok renek. Arini sukakan bunga raya, lalu dia menanamnya dengan berbagai warna. Arman pula sukakan anggerik. Mereka membentuk sebuah pelenggar yang di ambil dari kayu hutan dan mula menggantung anggerik yang di tanam di dalam pasu pasu kecil. Di belakangnya puladitempatkan sebuah plywood yang di bentuk dengan berbumbungkan atap nipah untuk megelakkan hujan yang turun. Dilekatkan di situ sajak sajak mereka yang di tulis menggunakan pen italik. Terdapat sekeping lukisan yang walaupun tak secantik pelukis professional namun agak menarik. Mereka melukis bersama sama.
Dua bulan kemudian bunga raya mula membesar, begitu juga anggerik. Tak berapa lama lagi taman mereka akan mula berbunga. Kelihatan dari jauh sebuah taman yang kecil tetapi sejuk di pandang mata. Arman dan Arini kelihatan sedang sibuk membuang rumput rumput liar yang mula tumbuh.
“ Abang, bila agaknya pokok pokok kita ini akan berbunga, tak sabar rasanya nak melihatnya. Mesti bunga itu cantik dan berwarna warni”
“ Tak lama lagi rasanya, tapi taman kita ni rasanya tidak bernama lagi? Haruskah ia di panggil Taman tak bernama?”
“ Terpulanglah pada abang, saya sekadar sukakan keindahannya, segalanya nanti akan jadi milik abang jua, entahlah samada dapat atau tidak saya melihat bunganya nanti, saya sendiri tak pasti” Arini menundukkan wajahnya. Arman merapatinya dan memegang tangan Arini sambil mengucupnya. Kemudiannya mengusap wajah Arini dengan penuh kasih sayang.
“ Arini, jangan lagi berkata begitu, Arini akan dapat melihatnya, abang berjanji selagi ada kekuatan, Arini akan sentiasa bersama abang dan kita akan ke sini lagi seperti sebelumnya. Abang tak sangguplihat kesedihan ini. Bukankah kita telah sama sama berjanji untuk melupakan kesedihan? Arini.... marilah ke pantai, kita sedut udara nyaman dan mendengar bunyi bunyi ombak.
Arman bangun diikuti oleh Arini, kemudiannya berpimpinan tangan mereka berdua menyusuri pantai dan akhirnya semakin jauh ke hujung sana. Seperti sepasang kekasih yang sedang bercinta. Namun yang nyata keduanya membendung rasa dan menikmati keindahan sementara.
“ Arini..., kamu banyak menolong abang melupakan kesedihan,kamu hidupkan kembali jiwa abang, namun suatu hari nanti kita akan mengikut haluan masing masing, kamu akan meneruskan ke halatuju kamu dan abang akan di sini, di waktu itu, berjanjilah Arini.. kamu tak akan lupakan Arman, seorang petani yang selalu bersama kamu melihat matahari terbenam.”
“Abang..., abang banyak menolong saya mengisi saat yang terluang di sini. Abang menghormati saya, dan saya seperti seorang adik yang memiliki abang yang paling menyayangi saya. Terimakasih untuk segalanya. Kalaulah ada peluang ingin sekali saya nyatakan sesuatu yang paling menyekat saya dari pergi ke mana mana.”
“ Arini.. pendamkan apa yang sepatutnya dipendam, tak semudah yang di sangka, yang penting abang sayangkan kamu seperti seorang abang dan kamu sayangkan abang. Kita memerlukan satu sama lain, cuma kita sedang berusaha untuk mencari kedamaian dan ketenangan. Abang menyayangi seseorang dan hingga sekarang masih menyayanginya. Namun itu cuma perasaan, suatu hari perasaan itu akan pergi juga, dan di kala itu abang akan bukakan pintu hati seluas luasnya untuk sesiapa yang ingin menghuninya.
Keduanya kemudian menyusur pulang dan kembali ke rumah masing masing. Di luar sana kaki langit sudah pun kemerahan dan sebentar lagi malam akan melayarkan tirainya.
Dua bulan kemudian, kelihatan gabungan putih, merah dan ungu bertautan membentuk seperti renek renek cahaya dari jauh. Taman mereka sudah berbunga.Arman tiba awal hari tu dan kudup kudup kelmarin harini telah mempamirkan wajahnya. Kemudiannya Arini pun tiba,keduanya saling ketawa dan memegang bunga bunga yang berwarna warni. Pak Samad tersenyum melihatkan sepasang teman yang agak anih baginya. Arman mengeluarkan kameranya dan kemudiannya meminta Pak Samad untuk menolongnya mengambilgambar. Arman memegang tangan Arini kemudian memeluknya dengan penuh kasihsayang . Pak Samad pun menekan butang kameranya dan kemudiannya mereka berdua memilih bunga bunga yang cantik warnanya dan di ambil gambar untuk koleksi hasil mereka. Sekarang mereka sudah ada koleksi sajak, cerpen, lukisan dan gambar. Taman itu benar benar mengisi ketika yang terluang dan memadamkan kesedihan mereka berdua.
Petang itu menyaksikan sepasang merpati itu pulang lewat dan meraikan kegembiraan mereka dan menikmati masakan ikan bakar Pak Samad yang sungguh istimewa. Dan petang itu juga Arman meletakkan suatu tanda di situ dan kelihatan tertulis ‘ Taman Arini ‘, dan sebelum pulang Arini berbisik pada Arman .
“ Abang, Ariani abang masih hidup, mekar dan merindui abang, cuma abang sekadar tidak mengenalinya kerana abang masih bermimpi mimpi yang semalam.”
Arman berpaling dan kemudian memegang kedua belah tangan Arini... merenung dalam ke dalam anak mata Arini, lama... kemudiannya tersenyum sambil mengucup dahi Arini. Kemudiannya keduanya saling berpelukan dan Arman membisikkan pada Arini.
“ Benar kata kamu, Ariani abang takpernah pergi, dan telah menemani abang sejak sekian lama. Berjanjilah yang kita tak akan berpisah. Serikanlah hidup abang sepertimana kita telah serikan bersama sama taman itu.”
Lama terleka dalam pelukan, mata Arini mulai basah dan terasa hangat didada Arman, airmata rindu seorang kekasih!

Entah buat kali ke berapa Cikgu Nur mengulangi novel itu. Bukan kerana ianya ditulis oleh seorang penulis hebat tapi, lebih dari itu. Di tulis oleh insan yang terlalu menyayanginya dan khas untuknya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bab Tiga - Monolog Untuk Nur .

Wajahnya lembut, ayu seperti sering tersenyum. Aku sering melihat dia, seperti melihat aku dalam dirinya. Aku merinduinya, dan mungkin juga aku mencintainya. Jauh kan? Tapi... dia mengkagumkan aku. Dalam dirinya aku melihat seakan ada sinar jernih yang menembusi jantungku. Sayang... terlalu jauh perjalanan ini kurasakan. Hanya engkau menemaniku sewaktu begini. Nur... kasihsayang ini terlalu besar, terlalu agung juga terlalu akrab. Jika kau ingin lari dariku, apa lagi yang tertinggal untukku. Segalanya jadi pudar, segalanya seakan hilang bersama bayu. Di teratak hati ini, cuma ada satu ruang dan di ruang itulah segalanya terisi dengan pengertian rindu dan kasihsayangmu. Nur, ruang ini adakalanya terlalu luas dan adakalanya sempit sehinggakan aku seakan terperosok di dalamnya. Tuhan menemukan kita, dan dalam pertemuan ini, ianya terlalu indah dan tenang. Aku berjanji pada diriku untuk menyintai seseorang atas rasa cintaku kepada Yang Maha Agung. Dunia ini penuh berliku dan aku seakan t

Bab Lapan - Dingin Air

Arman sudah gila! Arman bercuti. Tapi……! Kenapa Kampung Perigi? Hanya kerana Air Terjun? Atau………. Khairani Abdullah? Ya. Memang kerana gadis itu. Arman menyewa sebuah bilik kecil di rumah Pak Cik Salleh. Orang tua itu tinggal seorang diri. Isterinya baru saja meninggal dunia dua tahun lalu. Anak anaknya semua sudah memiliki rumah sendiri. Rumah itu agak usang, tapi pada Arman cukuplah semua itu lagipun dia sudah biasa dengan rumah kampung. Pakcik Salleh seorang yang warak tapi agak ganjil. Dia seorang pendiam dan banyak beribadat. Arman senang dengan Pakcik Salleh disebabkan sikapnya yang tidak begitu mengambil tahu hal orang lain. Di atas tikar mengkuang, Arman bersila sambil menghadap kitab lama milik Pakcik Salleh. Kasyful Asrar yang entah berapa tahun usianya. Tulisan jawi lama yang adakalanya sedikit sukar untuk dibaca. Namun, lebih sukar untuk diterjemahkan. Pakcik Salleh banyak mengajarnya tentang hakikat hidup, tentang kecintaan kepada Tuhan Pencipta Alam. Tapi, banya

Bab Empat - Selamat Datang Cikgu Nur

Bukan satu wadah, bukan jua rasa. Malah, lebih dari itu, ia adalah enigma. Senja demi senja…, dan hari yang yang bersambung akrab, dia rasa capek, bungkam melihat sambil mengharungi episod demi episod cinta mistiknya. Makin lama makin lemah, tapi makin nyata… Arman sekali lagi terperosok dungu di sebalik rimbunan mengkuang pantai. Cikgu Nur…, mengapa sekali lagi engkau hadir? Mengapa engkau gusar? Mengapa engkau merinduiku?…. Arman tak rasa apa apa andai di benci atau di jauhi. Pergi jauh dari sini… lari semahumu… ke tempat yang paling jauh. Mengapa harus ia terserempak lagi, apakah dunia ini yang terlalu kecil atau dia yang tak ke mana mana. Di sana .. mentari masih merah dan di hujung sana…. Cikgu Nur, namun bezanya bukan dia seorang… Haikal Azman.. yang sah memiliki Cikgu Nur. Seorang suami! Seketika tadi, sewaktu jarinya sibuk melakar kanvas, seakan dentuman halilintar bila di sapa seseorang. Terus terpaku berus ditangannya.., perlahan lahan berpaling sambil melirik gusar. Ny