Langkau ke kandungan utama

Bab Lima - Nadira


Hari ini bermulalah tugas Nadira sebagai Pegawai Perhubungan di Mawar Indah Beach Resort. Hari itu jugalah hari terakhir Cikgu Nur di Pantai Harapan. Esok mereka akan pulang semula ke Sydney. Haikal Azman secara kebetulannya bertemu Nadira pada tengahari. Setelah berbual, Haikal mengambil keputusan untuk membuat majlis sambutan harijadi Anis di situ. Tiada apa yang terlalu istimewa untuk majlis itu sekadar dua meja untuk tetamu dan kek harijadi disamping hidangan makan malam. Namun, bagi Anis ia lebih dari itu.

Sudah pukul lapan malam. Haikal dan Cikgu Nur telah sedia di meja bersama Anis yang sibuk dengan Sabri. Anak kecil itu seolah olah sudah biasa dengan tempat itu. Ke sana ke mari tanpa mempedulikan sesiapa. Dan Sabri yang terpaksa menjadi pengasuhnya. Entah kenapa dia begitu sukakan Sabri. Mereka hanya menunggu Arman pulang dari surau. Nadira masih di dalam, berbual dengan salah seorang tetamunya. Dari luar kereta Arman sudah kelihatan.

“Adik, pukul berapa pengurus akan sampai?”. Haikal ingin kepastian. Cikgu Nur hanya memerhatikan sahaja.

“Mungkin sudah sampai, nanti saya pergi tengok” Sabri bergegas ke lobi. Anis masih didokongnya kerana anak kecil itu tak mahu meninggalkannya. Dari lobi, Sabri terus ke kereta Arman. Di dalam bonet, ada banyak barang yang di beli dan salah satunya hadiah untuk Anis. Namun dia tak menulis nama, sekadar ditandakannya sebagai hadiah untuk anak En. Haikal. Dari kesamaran dia nampak anak kecil dan Sabri, lalu mengambil kotak hadiah dan menghulurkan pada anak kecil itu. Girang dengan hadiahnya, Arman mendokongnya dan seketika terpaku, inikan anak Cikgu Nur?

Untuk pertamakalinya, dia merasakan seakan ada tautan antaranya dan Anis. Diciumnya kanak kanak itu namun wujud juga perasaan serba salah yang meresap ke dalam tubuhnya. Kasih sayangnya pada Cikgu Nur tak pernah berubah. Sedangkan Cikgu Nur dimiliki orang dan anak ini adalah pengikat antara mereka. Sabri membawa barang barang dari kereta dan Arman mendukong Anis. Keduanya menuju ke arah Haikal dan Cikgu Nur.

Melihat Anis dalam dukongan seseorang Cikgu Nur membiarkannya sahaja. Dari kelibatnya, mungkin dia pengurus di situ. Semakin dekat, ada sedikit resah dalam dirinya.

Abang Arman!

Cikgu Nur memandang Arman dengan pandangan yang tidak menentu. Selamanya dia melihat seorang nelayan muda, tapi hari ini nelayan itu tidak ujud lagi. Yang ujud hanyalah Arman… atau Encik Arman. Arman tersenyum padanya sambil menghulur tangan pada Haikal. Sambil memperkenalkan diri masing masing, tak terkecuali Cikgu Nur. Tanpa sesiapa pun tahu tentang sejarah mereka, masing masing sekadar bercerita tentang banyak perkara. Adakala ketawa, adakala serius dan Cikgu Nur adalah orang yang paling gelisah.

Setengah jam kemudian, Nadira selesai dengan tetamunya. Bingkas menemui keluarga Haikal, dan Arman yang telah lama berada di situ.

“Maaf En.Haikal, Abang, saya terlambat sedikit” Cikgu Nur mengerutkan dahinya.

Abang?

Terlalu cepat dia menggantikannya dengan orang lain. Sengaja dia mencari alasan dari jauh untuk menemui Arman. Tapi yang ada? Tunggul tunggul mati yang menanti kaki dan saban hari disadungnya. Khas untuk Anis, Sabri memainkan lagu Selamat Hari Jadi untuk Anis secara karaoke. Haikal pula tanpa siapa tahu adalah peminat setia karaoke. Arman melayannya sekejap sambil meminta diri. Namun atas permintaan Haikal, Arman terpaksa mendendangkan sebuah lagu untuk mereka. Lagu pilihannya?

Kan ku cari jalan yang sunyi,
Untuk menghindar darinya,
Kuberjanji di dalam hati,
Takkan lagi menjumpainya,

Di tengahnya kabut bermandi embun pagi,
Dingin membuat hatiku membeku,
Kau
yang telah membuat luka di hatiku,
Kau
yang telah mebuat janji janji palsu,
Kau
yang selama ini aku sayangi,
Kau
merubah cintaku jadi benci….

Seakan lagu itu ditujukan padanya, Cikgu Nur perlahan menuju ke bilik air. Menghadap cermin…., dimatanya ada bebola jernih, dia masih merasakannya. Dia masih mendengar suara rindu Arman padanya. Masih teringat betapa tulusnya kasihsayang Arman selama ini. Di luar bait bait lagu Broery Marantika itu masih berkumandang. Alangkah indahnya perasaan itu. Alangkah hebatnya seseorang di sana, hatinya yang dia sembunyikan, hatinya yang masih di sini.

Malam sudah lewat, Anis sudah terlena. Haikal masih menonton television, British Open, pertandingan yang sering menarik perhatiannya. Memiliki kemampuan melakukan pukulan pukulan ‘under’, Haikal adakalanya antara ‘buaya’ golf yang di segani. Ayahnya Datuk Mansor banyak mengajarnya teknik bermain golf sejak umurnya tujuh tahun lagi. Sebutkan apa sahaja, Titleist, Srixon, atau Hiro Honma segalanya ada dalam simpanannya. Kalau di Australia idolanya Greg Norman, segala ‘club’ yang digunakan olehnya pasti akan dimilikinya juga. St. Andrew Golf Club juga pernah mereka jelajahi. Prestij, demi prestij dan kerana prestij wang bukan menjadi soal. Dan itulah yang membezakan antara Haikal Azman Datok Mansor dan Arman tiga tahun dahulu. Memang Cikgu Nur bijak membuat pilihan.

Cuaca agak cerah pada malam itu. Nampak beribu bintang di langit menandakan dunia yang tak bersempadan. Cikgu Nur masih menghirup udara segar di pantai. Dia gemar melihat tahi bintang yang sering kelihatan selepas jam dua belas malam. Arman masih di hotelnya seketika kemudian keluar berehat di atas ‘hammock’ yang digunakannya bertahun tahun dulu. Nadira pula sibuk dengan kameranya. Dia ingin mengambir gambar ‘shooting star’. Entah berapa puluh ribu ringgit dihabiskan untuk kamera itu. Dia memang sukakan gambar dan seni.

Sepanjang pantai itu ada satu kawasan lapang yang sering di gunakan untuk melihat langit malam. Terselindung sedikit dari bias cahaya setiap malam agak ramai orang ke situ. Tak terkecuali Cikgu Nur dan Nadira. Nadira telah lama di situ dan Cikgu Nur pula baru tiba. Melihatkan seseorang yang dikenalinya, Cikgu Nur terus ke arahnya sambil menyapa, dibalas dengan senyuman oleh Nadira dan mereka pun bersama sama melihat keindahan alam. Cikgu Nur memerhatikan arah ‘shooting star’ dan Nadira akan memfokuskannya. Tanpa memahami apa apa, Nadira menganggap Cikgu Nur sebagai kawan yang amat menarik.

Lenguh berbaring, Arman mengenakan seliparnya perlahan bangun menuju ke tempat Nadira. Lima minit berjalan, dia tiba dan melihat Nadira bersama ‘kawan’ barunya. Dia sudah ‘biasa’ dengan kejutan Cikgu Nur dan cuba untuk menyesuaikan diri. Tambahan pula malam ini adalah malam yang terakhir Cikgu Nur di sini. Sebaik tiba.., dia batuk kecil dandisambut dengan…………

ABANG!

Entah kenapa secara serantak keduanya menyebut perkataan yang sama. Nadira yang agak kebingungan memandang Cikgu Nur. Dia tidak bertanyakan apa apa, cuma menyimpan persoalan itu begitu sahaja. Arman yang serba salah cuba mengalihkan perhatian, namun perasaan dan seni adalah untuk orang yang sama. Dan mereka hanyut dibuai pertanyaan sendiri.

Apakah yang diceritakan sesama mereka, Nur dan Nadira?

Apakah hubungan antara Nadira dan Abang Arman?

Apakah misteri di sebalik Abang Arman dan Cikgu Nur?

Sudah awal pagi, pengunjung mulai berkurangan. Begitu juga Arman, Cikgu Nur dan Nadira. Masing masing sudah pulang ke bilik hotel. Cuma Arman sahaja yang ke rumah peninggalan ibunya. Itulah rumahnya membesar dan rumah itu jugalah yang akan dihuni selama hayatnya masih ada. Perahu, jala dan koyan yang sama masih tersusun rapi.

Nadira tahu tentang itu, Nadira arif tentang kesetiaan Arman pada cinta dan warisannya. Tapi apakah Cikgu Nur itu adalah sebenarnya Mawar Putih di dalam novelnya? Yang nyata..pengakhiran novel itu berakhir dengan tragedi kematian protagonisnya dan Nur berkahwin dengan orang lain. Nur..Cikgu Nur? Bagaimana….., dan gambaran novel itu Nur bertubuh agak kecil, berkulit cerah dan….. sukakan keindahan alam! Persis sekali, tapi untuk apa meneka semua itu. Kalaupun ia benar iakan sebahagian dari sejarah Abang Arman. Biarkan segalanya untuknya. Tapi Nur di sini? Bagaimana? Cinta Abang Arman untuk Nur terlalu agung, dan satu persoalan yang lain….

Apakah Abang Arman masih menyayangi Nur meskipun Nur sudah menjadi milik orang?

Sampai di sini pemikiran Nadira bercelaru.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bab Tiga - Monolog Untuk Nur .

Wajahnya lembut, ayu seperti sering tersenyum. Aku sering melihat dia, seperti melihat aku dalam dirinya. Aku merinduinya, dan mungkin juga aku mencintainya. Jauh kan? Tapi... dia mengkagumkan aku. Dalam dirinya aku melihat seakan ada sinar jernih yang menembusi jantungku. Sayang... terlalu jauh perjalanan ini kurasakan. Hanya engkau menemaniku sewaktu begini. Nur... kasihsayang ini terlalu besar, terlalu agung juga terlalu akrab. Jika kau ingin lari dariku, apa lagi yang tertinggal untukku. Segalanya jadi pudar, segalanya seakan hilang bersama bayu. Di teratak hati ini, cuma ada satu ruang dan di ruang itulah segalanya terisi dengan pengertian rindu dan kasihsayangmu. Nur, ruang ini adakalanya terlalu luas dan adakalanya sempit sehinggakan aku seakan terperosok di dalamnya. Tuhan menemukan kita, dan dalam pertemuan ini, ianya terlalu indah dan tenang. Aku berjanji pada diriku untuk menyintai seseorang atas rasa cintaku kepada Yang Maha Agung. Dunia ini penuh berliku dan aku seakan t

Bab Lapan - Dingin Air

Arman sudah gila! Arman bercuti. Tapi……! Kenapa Kampung Perigi? Hanya kerana Air Terjun? Atau………. Khairani Abdullah? Ya. Memang kerana gadis itu. Arman menyewa sebuah bilik kecil di rumah Pak Cik Salleh. Orang tua itu tinggal seorang diri. Isterinya baru saja meninggal dunia dua tahun lalu. Anak anaknya semua sudah memiliki rumah sendiri. Rumah itu agak usang, tapi pada Arman cukuplah semua itu lagipun dia sudah biasa dengan rumah kampung. Pakcik Salleh seorang yang warak tapi agak ganjil. Dia seorang pendiam dan banyak beribadat. Arman senang dengan Pakcik Salleh disebabkan sikapnya yang tidak begitu mengambil tahu hal orang lain. Di atas tikar mengkuang, Arman bersila sambil menghadap kitab lama milik Pakcik Salleh. Kasyful Asrar yang entah berapa tahun usianya. Tulisan jawi lama yang adakalanya sedikit sukar untuk dibaca. Namun, lebih sukar untuk diterjemahkan. Pakcik Salleh banyak mengajarnya tentang hakikat hidup, tentang kecintaan kepada Tuhan Pencipta Alam. Tapi, banya

Bab Empat - Selamat Datang Cikgu Nur

Bukan satu wadah, bukan jua rasa. Malah, lebih dari itu, ia adalah enigma. Senja demi senja…, dan hari yang yang bersambung akrab, dia rasa capek, bungkam melihat sambil mengharungi episod demi episod cinta mistiknya. Makin lama makin lemah, tapi makin nyata… Arman sekali lagi terperosok dungu di sebalik rimbunan mengkuang pantai. Cikgu Nur…, mengapa sekali lagi engkau hadir? Mengapa engkau gusar? Mengapa engkau merinduiku?…. Arman tak rasa apa apa andai di benci atau di jauhi. Pergi jauh dari sini… lari semahumu… ke tempat yang paling jauh. Mengapa harus ia terserempak lagi, apakah dunia ini yang terlalu kecil atau dia yang tak ke mana mana. Di sana .. mentari masih merah dan di hujung sana…. Cikgu Nur, namun bezanya bukan dia seorang… Haikal Azman.. yang sah memiliki Cikgu Nur. Seorang suami! Seketika tadi, sewaktu jarinya sibuk melakar kanvas, seakan dentuman halilintar bila di sapa seseorang. Terus terpaku berus ditangannya.., perlahan lahan berpaling sambil melirik gusar. Ny