Langkau ke kandungan utama

Bab Dua - Mat Copablanca

Bukan mencari neanderthal atau peking atau perak man, cuma sekadar interpretasi gila. Siapa menjenguk jendela, melempar senyuman dan pergi tanpa kembali. Sadiskah aku mengungkap wajah tanpa pengertian. Bukan kecewa, cuma sedikit bungkam dalam penguraian tentang misteri buta. Dia ujud yang tak pastinya ujudnya itu menghukum aku. Melemparkan aku dalam redup wajahnya, siang dan malam bertali dalam kemelut pancawarna yang bersabung dengan fatamorgana.

Entahlah.. katakan saja, itu cuma bayang dan aku?
Perindu maya!
Hah!
Skizofrenia?
Mungkin belum lagi..tapi tak jauh rasanya. Senyum hambar.
Bodoh!
Manusia terbodoh di mukabumi!

Cuacabaik sekali. Sarjan Mamat, sarjan sekuriti bermisai tebal duduk di meja usang Helang Sekuriti. Tak kisahlah, jaga pun jagalah! Janji aku ada kerja. Lagipun cuma sebuah kolej. Budak kolej bukannya ada duit banyak. Mungkin perompak desperado sahaja yang mensasarkan mereka. Tapi dunia ini adakalanya 'unsangkarable', peduli apa!
Jangan lupa tau!
Anak gadis tu tanggungjawab awak!
Seksmania!
Mat Skodeng, lagi orang tua gatal...!
Huh!
Pening jugak. Tabahkan hati awak, apa nak buat lagi, mungkin itu rezeki awak.

"Awak?!"
Aku berpaling.
Ah! Orang tua ni buat apa kat sini? Dah tak ada tempat lain ke dalam dunia nak pergi?
"Ya, Cikgu. Saja nak cuba nasib"
Senyum terlempar. Langsung tak ikhlas. Aku tak benci dia, Cuma bosan.
Pak Din Dangdut!
"Engkau ni tak habis habis, sekejap kerja sana sekejap kerja sini, satu pun tak pernah lekat. Cuba tengok Azman tu kerja engineer, waktu belajar dulu dia rajin. Sekarang, nah! Gaji dah beribu. Nanti kalau dah dapat kerja betul betul!"
Hikayat lama yang dah beribu kali di ulang lagi. Aku dah hafal hampir semua dialog tu! Lagi lagi Azman, lagi lagi Azman! Aku tahu la Azman tu bagus, aku yang teruk. Bukan aku tak nak jadi engineer, tapi... aku bodoh. Belajar tak nak masuk. Lagipun tak boleh tahan tengok sekolah. Jemu!
Heh! Banyak la kau punya alasan!
Azman ni pun satu. Waktu sekolah dulu punya banyak budak perempuan tu Minah Jugak yang dia nak. Minah tu bukannya lawa, padan la dengan aku! Tu pun dia rembat, memang bagus jugak kau belajar kat luar negeri, menyemakkan pandangan aku.Rasa aman dunia ni bila dia kena pergi Jerman sambung belajar. Tapi waktu dia balik jeles pulak aku. Dahla hensem cerdik pulak tu. Apa nak buat rezeki batu mungkin, tenggelam! Tak kisah.. tak kisah dan sangat tak kisah. Apa lagi? Betul aku tak kisah! Hahah! berlakon la pulak.
Sarjan Mamat panggil aku mula kerja minggu depan. Bagus jugak dia. Muka garang hati baik. Sekali lagi.. aku rasa bertuah kerana dia bukannya .. Pak Din Dangdut! Nanti la kau Pak Din, aku kerja nanti aku bodek Sarjan Mamat nanti lama lama naik pangkat, lepas tu naik pangkat bukak bisnes sendiri, jadi jutawan. Nanti Sarjan Mamat akan jadi bodyguard aku. Pak Din? Eleh.. Paling tinggi pun tukang kebun saja. Bodoh dulu tak nak sekolah.. memang aku tak suka kau Pak Din. Tak suka dan sangat tak suka. Di ulang sekali lagi. Tak suka!! Jauhnya berangan! Mana la tau kan kalau batu menjadi intan?
'Banglo' aku dah berbulan tak berpotong rumputnya. Dah jadi macam padi huma. Ada sekali tu nampak ular tedung senduk di bawah rumah. Lantaklah! Jangan dia patuk aku sudah la. Kalau cantik pun bukannya ada siapa siapa. Aku jugak sorang sorang. Tu pun bila balik malam baru la nampak rumah.Kedai mamak Jameel jugak tempat lepak. Masuk kelmarin dah tiga kali aku kalah. Chess! Kembung la perut Pak Abu minum air free. Apa nak buat ' gentleman agreement' dah macam tu. Memang aku gila main 'chess' tapi tak apa kan? Bukannya kacau sapa sapa pun. Janji hati mau seronok.
"Hoi, Mat Capablanca, haus dah tekak ni, heheh!"
Saja la tu sakitkan hati orang. Tapi tak kisah, Joe Capablanca memang idola aku. Paling aku minat stail dia check mate. Mau la kalah Kasparov kalau dia hidup lagi. Pak Abu sehari dua ni bagus sangat, kalau tak, tak berbau la menang tu. Ala. kasi can la orang tua, takkan hari hari nak menang kan? Okay, okay kita lawan lain, kali ni besar sikit.
"Ala.. Pak Abu, Baru kasi can dah mula keluar kepak. Lapar la hari ni. Teh Ais sama mi goreng apa macam? Mesti tak berani la tu!" Cabaran tu. Duit ada la enam ringgit, cukup cukup bayar mi saja la. Kalah lagi alamat berhutang la pulak dengan mamak. Ah! Tak peduli, hari ini mesti menang punya.
"Ai? Hebat tu. Makan free la kita hari ni. Mamak! Mee goreng satu, kau mee goreng jugak ke?"
Kalah lagi. Hancur enam ringgit.

Matanya sudah mula mengecil. Arman sudah mula berfikir tentang tempat tidurnya. Novel yang belum berjudul ini masih banyak yang perlu dihabiskannya. Namun, hatinya masih belum mengantuk. Sekali lagi, melihat pada malam yang masih agak muda, ia terus malakarkan sesuatu….., “MONOLOG UNTUK NUR” tanpa memperdulikan siapakah dia, ujudkah dia cuma yang pasti dia merindui sesuatu yang dia sendiri tidak mampu memahaminya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bab Tiga - Monolog Untuk Nur .

Wajahnya lembut, ayu seperti sering tersenyum. Aku sering melihat dia, seperti melihat aku dalam dirinya. Aku merinduinya, dan mungkin juga aku mencintainya. Jauh kan? Tapi... dia mengkagumkan aku. Dalam dirinya aku melihat seakan ada sinar jernih yang menembusi jantungku. Sayang... terlalu jauh perjalanan ini kurasakan. Hanya engkau menemaniku sewaktu begini. Nur... kasihsayang ini terlalu besar, terlalu agung juga terlalu akrab. Jika kau ingin lari dariku, apa lagi yang tertinggal untukku. Segalanya jadi pudar, segalanya seakan hilang bersama bayu. Di teratak hati ini, cuma ada satu ruang dan di ruang itulah segalanya terisi dengan pengertian rindu dan kasihsayangmu. Nur, ruang ini adakalanya terlalu luas dan adakalanya sempit sehinggakan aku seakan terperosok di dalamnya. Tuhan menemukan kita, dan dalam pertemuan ini, ianya terlalu indah dan tenang. Aku berjanji pada diriku untuk menyintai seseorang atas rasa cintaku kepada Yang Maha Agung. Dunia ini penuh berliku dan aku seakan t

Bab Lapan - Dingin Air

Arman sudah gila! Arman bercuti. Tapi……! Kenapa Kampung Perigi? Hanya kerana Air Terjun? Atau………. Khairani Abdullah? Ya. Memang kerana gadis itu. Arman menyewa sebuah bilik kecil di rumah Pak Cik Salleh. Orang tua itu tinggal seorang diri. Isterinya baru saja meninggal dunia dua tahun lalu. Anak anaknya semua sudah memiliki rumah sendiri. Rumah itu agak usang, tapi pada Arman cukuplah semua itu lagipun dia sudah biasa dengan rumah kampung. Pakcik Salleh seorang yang warak tapi agak ganjil. Dia seorang pendiam dan banyak beribadat. Arman senang dengan Pakcik Salleh disebabkan sikapnya yang tidak begitu mengambil tahu hal orang lain. Di atas tikar mengkuang, Arman bersila sambil menghadap kitab lama milik Pakcik Salleh. Kasyful Asrar yang entah berapa tahun usianya. Tulisan jawi lama yang adakalanya sedikit sukar untuk dibaca. Namun, lebih sukar untuk diterjemahkan. Pakcik Salleh banyak mengajarnya tentang hakikat hidup, tentang kecintaan kepada Tuhan Pencipta Alam. Tapi, banya

Bab Empat - Selamat Datang Cikgu Nur

Bukan satu wadah, bukan jua rasa. Malah, lebih dari itu, ia adalah enigma. Senja demi senja…, dan hari yang yang bersambung akrab, dia rasa capek, bungkam melihat sambil mengharungi episod demi episod cinta mistiknya. Makin lama makin lemah, tapi makin nyata… Arman sekali lagi terperosok dungu di sebalik rimbunan mengkuang pantai. Cikgu Nur…, mengapa sekali lagi engkau hadir? Mengapa engkau gusar? Mengapa engkau merinduiku?…. Arman tak rasa apa apa andai di benci atau di jauhi. Pergi jauh dari sini… lari semahumu… ke tempat yang paling jauh. Mengapa harus ia terserempak lagi, apakah dunia ini yang terlalu kecil atau dia yang tak ke mana mana. Di sana .. mentari masih merah dan di hujung sana…. Cikgu Nur, namun bezanya bukan dia seorang… Haikal Azman.. yang sah memiliki Cikgu Nur. Seorang suami! Seketika tadi, sewaktu jarinya sibuk melakar kanvas, seakan dentuman halilintar bila di sapa seseorang. Terus terpaku berus ditangannya.., perlahan lahan berpaling sambil melirik gusar. Ny