Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2009

Bab Lapan - Dingin Air

Arman sudah gila! Arman bercuti. Tapi……! Kenapa Kampung Perigi? Hanya kerana Air Terjun? Atau………. Khairani Abdullah? Ya. Memang kerana gadis itu. Arman menyewa sebuah bilik kecil di rumah Pak Cik Salleh. Orang tua itu tinggal seorang diri. Isterinya baru saja meninggal dunia dua tahun lalu. Anak anaknya semua sudah memiliki rumah sendiri. Rumah itu agak usang, tapi pada Arman cukuplah semua itu lagipun dia sudah biasa dengan rumah kampung. Pakcik Salleh seorang yang warak tapi agak ganjil. Dia seorang pendiam dan banyak beribadat. Arman senang dengan Pakcik Salleh disebabkan sikapnya yang tidak begitu mengambil tahu hal orang lain. Di atas tikar mengkuang, Arman bersila sambil menghadap kitab lama milik Pakcik Salleh. Kasyful Asrar yang entah berapa tahun usianya. Tulisan jawi lama yang adakalanya sedikit sukar untuk dibaca. Namun, lebih sukar untuk diterjemahkan. Pakcik Salleh banyak mengajarnya tentang hakikat hidup, tentang kecintaan kepada Tuhan Pencipta Alam. Tapi, banya

Bab Tujuh - Kembang Tak Selamanya Mekar

Kuala Lumpur, metropolitan yang berusia hampir 150 tahun itu tak pernah sunyi. Sekitar Chow Kit sentiasa riuh dengan laungan peniaga kakilima memanggil pelanggan. Arman terus membelok ke Pusat Dagangan Dunia Putra untuk menghadiri perjumpaan pemilik pemilik hotel kecil bumiputra. Persatuan itu adalah sebagai payung untuk hotel hotel kecil beroperasi dengan dinaungi oleh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia. Arman baru setahun menjadi ahlinya. Ditemani oleh Encik Kasman, kenalan barunya yang juga pemilik sebuah hotel di Seremban. Selesai perjumpaan mereka berdua ke Desa Pandan untuk menyelesaikan urusan dengan Persatuan Agensi Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia. Di sana merupakan satu tempat untuk memantau perkembangan terbaru industri pelancongan dan juga pusat latihan yang menyediakan berbagai kursus. Mereka juga adalah ahli Kelab Penulisan Kuala Lumpur. Malam ini kelab akan mengadakan satu perjumpaan khas untuk ahli ahlinya untuk menyambut ulangtahun ke 30 penubuhannya. Jam sudahpu

Bab Enam - Lampu Merah di Pelabuhan

Malam merangkak pergi. Lambat serasa bagai embun yang menitis memenuhi kolam. Arman di hamparan batu pemecah ombak melakar impian. Ada sebuah puisi yang baru diilhamkannya. Badai Kedinginan bukan utusan Untuk menjemput aku berlalu pergi Kehangatan bukan jalan pintas Untuk aku menggantikannya. Sesungguhnya untukmu, Ada ruang di sanubari, Tersimpan sejuta tahun, Walau badai, Walau api, Walau lautan yang menimbusnya, Ia tetap di sini… Sampai bait terakhir ini, Arman terhenti seketika. Bertanyakan pada hatinya.. untuk apa aku masih mencintainya? Tiada jawapan. Segalanya kelu, segalanya bisu. Segalanya seperti kabur lampu merah di pelabuhan sana. Ombak kecil gemersik memainkan lagu. Ada anak ketam merangkak di tepian air. Sayup di sana, lampu merah di pelabuhan masih kabur menyala. Arman menulis lagi. Ia tetap di sini, Ia abadi, Ia tulus…. Terhenti lagi. Tulus? Aku tulus pada siapa? Pada orang lain? Pada seseorang yang sedang didakap suaminya? Sedang aku send

Bab Lima - Nadira

Hari ini bermulalah tugas Nadira sebagai Pegawai Perhubungan di Mawar Indah Beach Resort. Hari itu jugalah hari terakhir Cikgu Nur di Pantai Harapan. Esok mereka akan pulang semula ke Sydney. Haikal Azman secara kebetulannya bertemu Nadira pada tengahari. Setelah berbual, Haikal mengambil keputusan untuk membuat majlis sambutan harijadi Anis di situ. Tiada apa yang terlalu istimewa untuk majlis itu sekadar dua meja untuk tetamu dan kek harijadi disamping hidangan makan malam. Namun, bagi Anis ia lebih dari itu. Sudah pukul lapan malam. Haikal dan Cikgu Nur telah sedia di meja bersama Anis yang sibuk dengan Sabri. Anak kecil itu seolah olah sudah biasa dengan tempat itu. Ke sana ke mari tanpa mempedulikan sesiapa. Dan Sabri yang terpaksa menjadi pengasuhnya. Entah kenapa dia begitu sukakan Sabri. Mereka hanya menunggu Arman pulang dari surau. Nadira masih di dalam, berbual dengan salah seorang tetamunya. Dari luar kereta Arman sudah kelihatan. “Adik, pukul berapa pengurus akan sa

Bab Empat - Selamat Datang Cikgu Nur

Bukan satu wadah, bukan jua rasa. Malah, lebih dari itu, ia adalah enigma. Senja demi senja…, dan hari yang yang bersambung akrab, dia rasa capek, bungkam melihat sambil mengharungi episod demi episod cinta mistiknya. Makin lama makin lemah, tapi makin nyata… Arman sekali lagi terperosok dungu di sebalik rimbunan mengkuang pantai. Cikgu Nur…, mengapa sekali lagi engkau hadir? Mengapa engkau gusar? Mengapa engkau merinduiku?…. Arman tak rasa apa apa andai di benci atau di jauhi. Pergi jauh dari sini… lari semahumu… ke tempat yang paling jauh. Mengapa harus ia terserempak lagi, apakah dunia ini yang terlalu kecil atau dia yang tak ke mana mana. Di sana .. mentari masih merah dan di hujung sana…. Cikgu Nur, namun bezanya bukan dia seorang… Haikal Azman.. yang sah memiliki Cikgu Nur. Seorang suami! Seketika tadi, sewaktu jarinya sibuk melakar kanvas, seakan dentuman halilintar bila di sapa seseorang. Terus terpaku berus ditangannya.., perlahan lahan berpaling sambil melirik gusar. Ny

Bab Tiga - Monolog Untuk Nur .

Wajahnya lembut, ayu seperti sering tersenyum. Aku sering melihat dia, seperti melihat aku dalam dirinya. Aku merinduinya, dan mungkin juga aku mencintainya. Jauh kan? Tapi... dia mengkagumkan aku. Dalam dirinya aku melihat seakan ada sinar jernih yang menembusi jantungku. Sayang... terlalu jauh perjalanan ini kurasakan. Hanya engkau menemaniku sewaktu begini. Nur... kasihsayang ini terlalu besar, terlalu agung juga terlalu akrab. Jika kau ingin lari dariku, apa lagi yang tertinggal untukku. Segalanya jadi pudar, segalanya seakan hilang bersama bayu. Di teratak hati ini, cuma ada satu ruang dan di ruang itulah segalanya terisi dengan pengertian rindu dan kasihsayangmu. Nur, ruang ini adakalanya terlalu luas dan adakalanya sempit sehinggakan aku seakan terperosok di dalamnya. Tuhan menemukan kita, dan dalam pertemuan ini, ianya terlalu indah dan tenang. Aku berjanji pada diriku untuk menyintai seseorang atas rasa cintaku kepada Yang Maha Agung. Dunia ini penuh berliku dan aku seakan t

Bab Dua - Mat Copablanca

Bukan mencari neanderthal atau peking atau perak man, cuma sekadar interpretasi gila. Siapa menjenguk jendela, melempar senyuman dan pergi tanpa kembali. Sadiskah aku mengungkap wajah tanpa pengertian. Bukan kecewa, cuma sedikit bungkam dalam penguraian tentang misteri buta. Dia ujud yang tak pastinya ujudnya itu menghukum aku. Melemparkan aku dalam redup wajahnya, siang dan malam bertali dalam kemelut pancawarna yang bersabung dengan fatamorgana. Entahlah.. katakan saja, itu cuma bayang dan aku? Perindu maya! Hah! Skizofrenia? Mungkin belum lagi..tapi tak jauh rasanya. Senyum hambar. Bodoh! Manusia terbodoh di mukabumi! Cuacabaik sekali. Sarjan Mamat, sarjan sekuriti bermisai tebal duduk di meja usang Helang Sekuriti. Tak kisahlah, jaga pun jagalah! Janji aku ada kerja. Lagipun cuma sebuah kolej. Budak kolej bukannya ada duit banyak. Mungkin perompak desperado sahaja yang mensasarkan mereka. Tapi dunia ini adakalanya 'unsangkarable', peduli apa! Jangan lupa tau! A

Bab Satu - Rindu Sekuntum Mawar Putih

Rendang Tak Berbayang Sebuah taman menghadap laut , segalanya kelihatan indah. Senjakala menerbitkan suatu rasa kesyahduan dalam menghayati anugerah Ilahi. Ombakan pancawarna yang menjadikan kaki langit begitu gemilang. Pantai Harapan, suatu ketika sepi, kini dihuni oleh pengusaha gerai gerai kecil ditepinya. Di sana sini kelihatan meja yang beratur menantikan kehadiran orangramai. Di suatu sudut pula beberapa bangku bersusun menghadap matahari terbenam. Di situlah saban senja seorang anak gadis, Arini menghabiskan waktunya. Nun dihujung sana pulaseseorang yang lain sibuk dengan penanya melakarkan keindahan di atas kertas. Segalanya jadi sepi dan menyendiri. Arman menantikan sesuatu dalam hidupnya, mencari sesuatu yang abadi. Segalanya masih kabur dan dia sendiri tidakmemahami pencariannya. Dan di situlah kedua dua insan yang berlainan tujuan ini melayani pemikiran yang tersendiri. Kehadiran Arini ke situ saban hari menarik perhatian Arman. Ada persoalan yang berlegar di dalam pemi